Pencarian pesawat MH370 yang hilang di Selatan Lautan Hndi diterskan hari ini selepas cuaca di lawasan tersebut bertambah baik.
Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, 12 pesawat digunakan didalam usaha mencari yang melibatkan 7 pesawat tentera dan 5 pesawat awam. Enam negara terbabit adalah Australia, New Zealand, Amerika, Jepun, China dan Korea Selatan.
Pencarian yang melibatkan kelengkapan dari pelbagai negara kini tertumpu kawasan sejauh 2,500km dari barat-daya Perth, Australia.
Kerja-kerja mencari dihentikan semalam (Selasa) akibat hujan lebat dan laut bergelora.
….
….