Pengarah Eksekutif Tenaganita, Dr. Irene Fernandes meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi Isnin selepas lima hari berada dalam keadaan kritikal.
Menurut kenyataan di Facebook Tenaganita, beliau yang berada dalam keadaan kritikal sejak 25 Mac lalu dilaporkan kembali stabil dan mampu memberi tindakbalas pada Ahad.
Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia pada pagi Isnin.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi Tweeternya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.