Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Apa Motif Musa Hitam Menipu? - pakdin.my

musa-hitam-sime-darby-rugi

Walaupun Tun Musa Hitam telah lama ‘meninggalkan’ politik Malaysia, namun nama beliau terus tenggelam timbul mengikut keadaan. Apa yang menarik, setiap kali Tun Musa Hitam ‘timbul’, ia hanyalah untuk menghentam Tun Mahathir Mohamad.

Mungkin ramai yang tidak tahu kisah keserasian dan kemudiannya perbalahan Tun Mahathir-Tun Musa. Namun, melihat dari apa yang berlaku, kita pasti semua orang tahu kini bahawa adalah Tun Musa adalah seorang yang sangat pendendam.

Dendam Tun Musa terhadap Tun Mahathir nampaknya tidak pernah padam walaupun yang sepatutnya berdendam ialah Tun Mahathir kerana Tun Musa yang mengatur berbagai langkah untuk menjatuhkan beliau dan bukannya sebaliknya. Walaubagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa Tun Mahathir sentiasa memaafkan semua mereka yang pernah menikamnya dari belakang dan mereka yang gagal menikamnya pula yang masih tidak dapat menerima kegagalan masing-masing.

Kali ini, Tun Musa timbul lagi, di atas pentas pembangkang. Seperti biasa, beliau timbul dengan membawa cerita buruk mengenai Tun Mahathir. Di atas pentas, PAS, Tun Musa cuba menolak tanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam Peristiwa Memali yang mana pada ketika itu, beliau merupakan Menteri Dalam Negeri merangkap pemangku Perdana Menteri kerana Perdana Menteri, Tun Mahathir, berada dalam lawatan ke China.

Benarlah kata orang bahawa dendam kesumat mampu membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan. Nampaknya, itulah yang berlaku kepada Tun Musa apabila beliau menipu kononnya Tun Mahathir berada di dalam negara dan bukannya di China ketika peristiwa berdarah tersebut berlaku. Walhal, kunjungan Tun Mahathir ke China telah terakam dalam hampir semua akhbar-akhbar di Malaysia dan juga China, malah Singapura juga, lengkap dengan gambar dan teks ucapan beliau dalam program-program di sana.

Seperti dijangka, pembangkang begitu pantas mensensasikan pembohongan Tun Musa dan mengambilnya sebagai fakta tanpa berfikir panjang ataupun menyelidik kesahihannya. Dan seperti dijangka juga, apabila media mendedahkan kebenaran siap dengan berbagai-bagai bukti, pembangkang mengambil sikap pura-pura tidak mendengarnya pula.

Antara bukti yang paling menarik ialah kenyataan Lim Kit Siang sendiri pada 19 November 1985 dalam sebuah makan malam sempena penyertaan Tan Sri Lee Lam Thye, yang pada ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Agung DAP, sebagai delegasi ke China bersama dengan Perdana Menteri. Ucapan Lim Kit Siang berbunyi, “Esok Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, akan menerajui 250 delegasi ke China, iaitu Perdana Menteri ketiga yang melawat China sejak hubungan diplomatik antara kedua negara dijalinkan 11 tahun lalu.”

Artikel dari Singapore Straits Times pada 20 November 1985 pula merekodkan“Mahathir berjumpa Zhao Hari Ini” sekali gus membuktikan Tun Mahathir meneruskan lawatan ke China seperti yang dirancang.

Pada 24 November 1985, akhbar yang sama memetik artikel dari Reuters/AFP bertajuk “Saya Menerima Pendirian China Mengenai CPM: Mahathir” yang mana menyebut‘Dr. Mahathir yang tiba pada Rabu lepas (di Beijing pada 20 November 1985) untuk lawatan 8 hari dengan delegasi yang termasuk 130 usahawan dan 20 diplomat, telah meninggalkan Beijing hari ini untuk lawatan seterusnya ke Xian, Canton, Hanzhou dan Shanghai. Beliau dijadualkan kembali ke Malaysia pada hari Jumaaat’.

Lebih menarik lagi, dalam akhbar yang sama dan di muka surat yang sama, tertulis satu lagi artikel b ertajuk “Insiden Baling: Undang-undang Adalah Yang Tertinggi, Kata Musa.” iaitu merujuk kepada peristiwa berdarah Memali yang berlaku ketika Tun Mahathir ke luar negara dan Tun Musa memangku jawatan Perdana Menteri.

Terdapat banyak lagi bukti-bukti lain bagi mengesahkan yang Tun Musa telah berbohong mengenai Tun Mahathir berada dalam negara pada ketika peristiwa Memali berlaku.

Justeru, kita hairan kenapa Tun Musa perlu berbohong dan kenapa beliau tidak mampu memikirkan bahawa pembohongan sebesar ini tentu sekali mudah untuk didedahkan.

Mungkinkah beliau sebenarnya dihantui rasa bersalah, dan cuba memindahkan perasaan bersalah itu kepada orang lain? Mungkinkah dengan memindahkan kesalahan ke bahu Tun Mahathir, maka beliau berharap bukan sahaja dapat melepaskan diri dari kesalahan tetapi juga dapat membalas dendam sekali gus?

Perasaan bersalah Tun Musa mungkin dapat dijelaskan melalui ucapan Tan Sri Sanusi Junid dalam sebuah majlis anjuran bersama Universiti Malaya Perlis (UNIMAP) dan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Mac, 2011 yang antara lain menyebut mengenai peristiwa Memali seperti berikut:

“Setahun kemudian pada tahun 1985, dalam mesyuarat kabinet sebelum Tun Dr. Mahathir berangkat ke negeri China, saya telah diminta menghubungi kenalan saya Ibrahim Libya yang dikehendaki menyerah secara aman kepada pihak polis. Saya telah menyampaikan hasrat saya untuk berjumpa Ibrahim tetapi, sepeninggalan Tun Dr. Mahathir ke China, dan belum sempat saya berjumpa Ibrahim, beliau telah terbunuh dalam peristiwa Memali. Pada waktu itu Tun Musa menjadi Menteri Dalam Negeri dan memangku jawatan Perdana Menteri.”

Kenyataan Tan Sri Sanusi adalah konsisten dengan berpuluh atau beratus lagi rekod sejarah dan memori para pemimpin UMNO pada ketika itu, mengenai Memali. Entah kenapa Tun Musa perlu berbohong mengenainya…

Mungkin, Tun Musa tidak mampu lagi menahan dendam lalu mencipta pembohongan ini secara spontan dan tidak berfikir panjang. Jika ini benar, kita ingin nasihatkan beliau agar melupakan dendam dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan tenang.

Sudah takdirnya beliau tidak mampu menandingi Tun Mahathir dalam politik, maka terimalah takdir itu. Tidak perlu ditanya kenapa, kerana jawapannya cukup jelas iaitu Tun Mahathir adalah jauh lebih layak dan berhak darinya.

Tun Mahathir mempunyai pendirian dan pandangan yang tetap serta tidak mudah terbawa-bawa dengan emosi. Beliau tidak pernah berdendam dan tidak pula iri hati. Sepanjang pemerintahannya, beliau fokus kepada memberi khidmat terbaik kepada negara dan berjuang hanya untuk keadilan sejagat. Beliau tidak meletakkan diri beliau sebagai ‘subjek’ utama dan sekali-kali tidak perlu berbohong untuk mencapai matlamatnya.

Hakikatnya, rakyat cukup kenal dengan Tun Mahathir dan apa jua cerita buruk mengenai Tun Mahathir tetap tidak akan mampu memadamkan begitu banyak kebaikan yang beliau bawa kepada negara dan juga dunia, terutama dunia Islam.

Sebaiknya, Tun Musa lupakanlah segala dendam, takut-takut nanti ‘pergi’ dalam keadaan mata tak dapat dipejam.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

[VIDEO] BN, PH muktamad kerjasama hadapi PRN Sabah – Ahmad Zahid

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah memuktamad kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tahun depan.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25

[VIDEO] Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji

Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi

Datuk Bandar ditembak mati di Narathiwat

Datuk Bandar kerajaan tempatan di daerah Rueso di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senjata berat di kilang pakaiannya di wilayah sempadan selatan pada Khamis 7 November 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: