PULAU PINANG – Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas mencabul seorang wanita cedera selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah pangsapuri di Mayang Pasir, Bayan Baru di sini awal pagi ini.
Suspek yang berusia 28 tahun ditemui penduduk dalam tertiarap di koridor aras bawah pangsapuri tersebut oleh para penduduk kira-kira pukul 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu suspek dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat mengalami kecederaan dan akan direman mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 453 dan 354 Kanun Keseksaan.