Susulan kes seorang ahli pas seumur hidup membuat laporan polis membantah bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid berdekatan rumahnya..
Sekumpulan orang dari badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak polis telah datang ke rumah beliau untuk menasihati beliau akan perilaku buruk dan tak masuk akal itu.
Sebagai seorang ahli Pas yang mengagung- agungkan perjuangan Islam dan lebih penting sebagai seorang islam sendiri beliau tidak sepatutnya membuat perkara yang menunjukkan peribadi buruk seorang muslim di Malaysia.
Negara ini negara bertuah, rakyatnya berbilang kaum, berbagai agama bebas dianuti. Agama Islam sebagai Agama Rasmi.
Jika orang Islam sendiri gagal menghormati azan bagaimana kita hendak tengok penganut agama lain menghormati Islam itu sendiri seterusnya minat untuk mengetahui tentang islam?
Walau apa pun dalam setandan pisang pasti ada satu atau dua yang rosak. Kita harapkan PAS agar mengajar ahli ahlinya tentang ajaran Islam yang sebenar. Setidak tidaknya ajarlah mereka tentang erti hormat. Lazimnya mereka pandai membantah namun kali ini tidak kena tempat sejujurnya menunjukkan kejahilan sendiri.
Tuan rumah yang disewa oleh Pak Lebai ini telah memberi kata dua, jika tidak suka kepada bacaan tahrim dan laungan azan ketika waktu subuh di masjid Pak Lebai itu dipersilakan keluar daripada rumah sewa tersebut.
Kita sama sama berdoa agar perkara tidak masuk akal seperti ini tidak berulang lagi..
Inilah individu yang bernama Mohd Said Bin Mohamed Jaid adalah seorang penyokong tegar parti Islam SeMalaysia(PAS) seperti yang dilaporkan seperti dibawah:
CONFIRM individu yang bertindak membuat laporan polis berkaitan rasa tidak puas hatinya terhadap laungan azan dan tahrim adalah pengikut taksub Parti Islam SeMalaysia.
Ayah saya sendiri yang sahkan Said seorang yang sangat taksub kepada parti ‘Islam’ itu bersama beberapa orang lain di kejiranan yang sama. Beliau dikatakan sangat memusuhi pengurusan Masjid Ittihad Perjiranan 9 sejak dari dahulu lagi dan kejiranan di situ sedia maklum Imam Razak yang sangat dihormati oleh masyarakat setempat telah menzahirkan sokongan kepada kerajaan.
Saki baki penyokong taksub PAS dikejiranan itu semakin tersepit kerana sedar kehadiran mereka menghasut dan mengutuk kerajaan tidak lagi disenangi kebanyakan jemaah. Ditambah pula dengan pengaruh barisan pengurusan masjid yang menyebelahi kerajaan menyebabkan sebahagian besar mereka terpaksa berjemaah di masjid yang lain termasuklah Said individu yang mengejutkan ramai dengan laporan polisnya berkaitan azan ini.
Said memang bergerak secara aktif menghasut orang ramai agar mengikuti PAS termasuk ayah saya sendiri. Beliau mengamalkan gaya hidup yang sangat ekstreme dan taksub sehingga orang sekeliling telah biasa dengan sikapnya yang gemar mengharamkan itu dan ini. Isterinya pun tidak dibenarkan langsung untuk keluar dari rumah.
Jelas tujuan beliau membuat laporan polis berkaitan azan dari masjid MP9 yang betul-betul berhadapan dengan rumahnya adalah kerana dendamnya kepada pengurusan masjid. Yang pasti kerja gila dan amat mengaibkan umat Islam seluruh negara ini datang dari individu yang telah dikenali ramai sebagai pengikut TAKSUB PAS buat sekian lama. Saya tidak hairan dengan kewujudan manusia seperti ini kerana PAS hanya mahukan pengikutnya menyuburkan dendam dan beremosi terhadap parti lawan.. bukan mengajak orang kepada kebaikan ahklak dan perilaku seorang muslim sejati.
Golongan seperti ini sangat disayangi PAS kerana biar bodoh asalkan berguna.