Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 11, Jalan Bentong – Raub didapati positif dadah.
Sehubungan itu Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, pemandu bas yang berasal dari Kelantan itu akan dituduh mengikut Seksyen 15 (1) ( a ) Akta Dadah Berbahaya.
bas terbalik“Pemandu akan ditahan semula di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 malam itu, tiga maut manakala sembilan lagi parah dalam nahas bas ekspres dua tingkat itu yang dipercayai akibat hilang kawalan sebelum melanggar tiang lampu jalan.