KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengesahkan tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetip kad perakam waktu tepat jam 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai ketua eksekutif baharu kerajaan negeri Terengganu.