Semasa ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, Presiden UMNO ada membayangkan akan merombak pengurusan UMNO Negeri. Saya tidak dengar Presiden ada mengatakan ada perubhan diperingkat pengurusan UMNO Malaysa.
Sekarang khabar angin bertiupkencang menbagtakan jawatan Ketua Penerangan UMNO malaysia akan bertukar Dato’ Seri Idris Jusuh dikatakan bakal mengambilalih jawatan tersebut daripada Datuk Ahmad Mazlan.
Jika ini berlaku saya juga bersetuju dengan perubahan tersebut. Bukan tidak menyukai Datuk Ahmad Mazlan tetapi biarlah jawatan tersebut disandang oleh mereka yang lebih banyak pengalaman didalam parti UMNO. Yang telah merasai jatuh bangun dan telah membuktikan kemampuan terutama dalam menawan balik Negeri Terengganu yang pernah di perintah oleh PAS.
Ahmad Mazlan bekas pegawai Biro Tata Negara dilihat menjadikan ahli UMNO seperti peserta Kursus Biro Tata Negara Boleh diarah-arah dengan pelbagai arahan. Terlampu cuba menonjolkan diri. Mungkin jiwa muda beliau menyebabkan beberapa sikap dan cara beliau tidak digemari oleh kepimpinan peringkat bahagian.
Dalam membicarakan soal peralihan jawatan diperingkat pengurusan UMNO Malaysia, saya juga secara peribadi mengharapkan agar Presiden UMNO juga memberikan perhatian kepada jawatan Setiausaha Kerja. Beliau dilihat banyak menimbulkan masalah di banyak Pilihanraya Kecil Dilihat suka menonjolkan diri daripada membuat kerja untuk Setiasusaha. Sesuai dengan nama jawatan, beliau sepatutnya lebih banyak membuat kerja daripada bercaka dan mengambil kesempatan.
Peralihan di peringkat Negeri saya memilih tidak mahu memberikan sebarang komen. Untuk negeri Selangor dimana saya menetap dan menjadi ahli UMNO dan mengundi, saya lebih suka sekiranya Presiden UMNO terus memegang jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri.