Uruguay 1
Edinson Cavani (m24, penalti)
Costa Rica 3
Joel Campbell (m54) Oscar Duarte (m56) Marco Urena (m84)
FORTALEZA: Costa Rica membuktikan status bukan pilihan di atas kertas tidak menghalang mereka melancarkan kejutan selepas menumbangkan salah satu pasukan pilihan, Uruguay 3-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Castelao, sebentar tadi.
Dibarisi pemain yang kurang ternama berbanding Uruguay, Costa Rica begitupun seakan mengikut skrip apabila terlebih dulu ketinggalan menerusi sepakan penalti penyerang berbisa Paris Saint-Germain, Edinson Cavani pada babak pertama selepas Diego Lugano dijatuhkan di kawasan penalti ketika menanti sepakan percuma Diego Forlan.
Mendahului 1-0 berakhir babak pertama, segala-galanya bagaikan tidak menjadi buat Uruguay pada separuh masa kedua selepas beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan sebelum Costa Rica yang dibimbing jurulatih Jorge Luis Pinto membuka taring mereka.
Selepas menyamakan kedudukan menerusi Joel Campbell pada minit ke-53, gawang Uruguay terus bocor empat minit kemudian menerusi pemain kelab Belgium, Brugge, Oscar Duarte yang menanduk masuk sepakan sudut menewaskan penjaga gol, Fernando Muslera.
Lebih manis, ia gol pertama Duarte sepanjang kejohanan.
Dan kebangkitan yang diharapkan Uruguay tidak menjadi kenyataan malah terus dibolosi Costa Rica pada minit ke-84 menerusi Marco Urena.
Selain ketajaman di bahagian depan, penjaga gol Costa Rica, Kaylor Navas juga patut diberi pujian selepas beraksi cemerlang sepanjang perlawanan.
Penyerang Liverpool yang menjadi ayam tambatan Uruguay, Luis Suarez sekadar menyaksikan perlawanan di bangku simpanan.
Uruguay
Fernando Muslera (PG)Pertahanan:Diego Lugano
Diego Godin
Martin Caceres
Tengah:
Cristian Rodriguez
Walter Gargano
Maxi Pereira
Edigio Arevalo Penyerang:
Diego Forlan
Christian Stuani
Edinson Cavani
Costa Rica
Kaylor Navas (PG)
Pertahanan:
Cristian Gamboa
Junior Diaz
Giancarlo Gonzalez
Michael Umana
Oscar Duarte
Tengah:
Celso Borges
Yeltsin Tejeda
Christian Bolanos
Penyerang:
Joel Campbell
Bryan Ruiz