Sebuah pesawat AirAsia tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang Isnin.
Kesemua 102 penumpang dan tujuh anak kapal yang menaiki penerbangan AK278 dari Kuala Lumpur itu, berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut AirAsia, keperluan kesemua penumpang yang terbabit sedang diuruskan oleh kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu dan pasukan AirAsia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk mengenal pasti punca kemalangan.