Umat Islam diingatkan agar hanya makan di restoran yang memiliki sijil halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri.
Penolong Pengarah JAKIM, Mohamad Saidi Jaafar berkata, umat Islam jangan terpedaya dengan premis yang menggunakan ungkapan “Halal”, “Buffet Ramadan” dan “Promosi Berbuka Puasa” hanya kerana ungkapan-ungkapan seumpama itu termasuk dalam takrif halal.
Beliau turut memaklumkan, ketika ini, JAKIM giat melakukan operasi termasuk operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Dalam satu operasi di Petaling Jaya, sebuah premis diserbu dan didapati tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
Bufet Ramadan: Jakim Beri Amaran Kepada Restoran Ingkar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Rabu menghantar surat amaran kepada sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng yang didapati tidak mempunyai sijil halal masih mengingkari larangan menawarkan promosi bufet Ramadan.
Lagi Restoran Jual Arak Tawar Bufet Ramadan Dikesan
Sebuah lagi restoran yang menjual arak dikesan menyediakan sajian dan promosi bufet Ramadan seperti sebuah premis yang telah diserbu pada Isnin lalu.