Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib siang tadi menghadiri perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Beliau tiba di Bangunan UMNO Selangor jam empat petang dan diberi taklimat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh semua 22 Ketua UMNO Bahagian di Selangor serta 12 Ahli Dewan Undangan Negeri dan empat Ahli Parlimen BN.
Datuk Seri Najib turut melancarkan Tabung Prihatin Gaza kelolaan Pergerakan Puteri Negeri bagi tujuan mengutip sumbangan untuk didermakan kepada badan NGO yang berkepentingan Palestin.