- Penerbangan Malaysia MH17 dipercayai telah ditembak jatuh di timur Ukraine.
- Bahagian bangkai pesawat bertebar di kawasan seluas 16km, pesawat berkecai di pertengahan ruang udara.
- Menteri di Kementerian Dalam Negeri Ukraine, berkata pesawat ditembak jatuh oleh ‘BUK surface-to-air missile’
- Presiden Petro Poroshenko dengan tegas menafian tenteranya terlibat
- Pemberontak pro-Rusia juga menafikan menembak jatuh pesawat tersebut dan menyalahkan tentera udara Ukraine
- Wartawan mengatakan mereka melihat pelancar ‘BUK surface-to-air missile’ berada bersama pemberontak pro-Rusia semalam
Pesawat penumpang Penerbangan Malaysia telah ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine, mengorbankan kesemua 295 penumpang dan anak kapal, menurut kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri Ukraine.
Penerbangan MH17, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, melakukan penerbangan di antara Amsterdam dan Kuala Lumpur selepas berlepas pada waktu tengahari hari ini.
Agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu hilang berhampiran Donetsk, di mana pemberontak pro-Rusia sedang berjuang menentang tentera kerajaan Ukraine.
Saksi-saksi berkata bahagian pesawat bertaburan pada lingkungan jarak 15km, menunjukkan pesawat telah berkecai pada pertengahan ruang udara.
Adalah dipercayai pesawat ditembak menggunakan ‘BUK surface-to-air missile’ pada ketinggian 33,000 kaki kira-kira 20 kilometer sebelum memasuki ruang udara Rusia.
Sistem peluru berpandu adalah senjata lama Soviet – direka untuk menembak pesawat ringan, cruise missile dan drone.
Pakar Pertahanan sebelum ini telah melahirkan kebimbangan peluru berpandu tersebut digunakan untuk menyasarkan pesawat awam.