Malaysia menuntut puak pemisah memberi penjelasan ke mana 196 mayat mangsa MH17 yang diambil dari lokasi nahas, dibawa pergi.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihak terbabit juga perlu memberi justifikasi terhadap tindakan mereka mengambil mayat berkenaan secara paksa daripada pihak berkuasa kecemasan Ukraine.
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa anjuran Parlimen Sembrong, di FELDA Ulu Penggeli, dekat sini, tadi.