Tanpa menyalahkan mana-mana pihak,Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata beliau yakin jika perbalahan di Timur Ukraine tidak diteruskan pada 26 Jun lalu tragedi yang menimpa pesawat penumpang Malaysia Airlines MH17 tidak berlaku.
Sehubungan beliau berjanji Rusia akan melakukan sebaik mungkin bagi menamatkan konflik di Timur Ukraine.
Konflik akan beralih ke meja rundingan.
Katanya tiada siapa yang berhak memperalatkan tragedi Khamis lalu untuk matlamat politik.
Putin juga berkata Rusia akan melakukan apa sahaja bagi memberi jaminan pasukan antarbangsa diketuai oleh Pertubuhan Penerangan Awam Antarabangsa, ICAO, melakukan tugas di lokasi nahas dalam keadaan selamat.