Moscow turut memuji Kuala Lumpur yang mengambil sikap terbuka dan neutral dalam mengendalikan isu tragedi menimpa MH17.
Ini termasuk usaha, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang berunding dengan pemimpin kanan pemberontak pro-Rusia, Alexander Borodai.
Jelasnya, perjanjian di antara kerajaan Malaysia dan puak pemberontak dibuat tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan Rusia.