Perdana Menteri akan mencadangkan :
BAHAWA Dewan yang mulia ini, menzahirkan perasaan sangat dukacita, rasa amat sedih dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17, Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.
BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, turut merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang amat mendalam, kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17vtersebut.
BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17, sehingga telah mengorbankan nyawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 23 penumpang dan 15 anak kapal yang tidak berdosa.
BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.
DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga, menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17, segera dihadapkan ke muka pengadilan