Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke majlis bacaan yassin dan doa selamat sempena hari pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Turut berangkat, Raja Muda – Tengku Amir Shah.
Sultan Sharafuddin Dan Tengku Amir tiba di Masjid Tengku Ampuan Jemaah kira-kira jam 12.30 tengah hari diiringi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Majlis ini diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kepada negara.
Sejurus majlis bacaan yassin dan doa selamat berakhir, Sultan Selangor Dan Raja Muda menyertai jemaah lain untuk menunaikan solat jumaat.
Baginda berdua kemudian bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum berangkat meninggalkan masjid.