Facebooker pro Pakatan Rakyat, Ally Hazran Hashim mendedahkan kes sebenar di sebalik Tropicana yang menjadi salah satu sebab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat keahlian PKR :
Pada April 2013, di saat menghadapi PRU13, sekeping tanah seluas 1,172 ekar, berdekatan dengan Kota Kemuning, Putra Heights dan Bandar Rimbayu yang mempunyai akses dengan 4 lebuhraya utama – telah dijual kepada Tropicana dengan harga RM1.297 bilion dan akan dibayar dalam tempoh 20 tahun.
Tak sampai 10 bulan kemudian iaitu pada Jan 2014, Tropicana menjual hanya 25% daripada keluasan tanah tersebut (308.72 ekar) kepada Eco World dengan harga RM470.67 juta, (tunai). Pada masa itu, bayaran yang dibuat kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui PNSB hanyalah deposit sebanyak RM50 juta. Bila mengetahui hal ini, Khalid mengamuk dan meminta Tropicana membayar RM844.2 juta. Tak perlu bayar RM1.3 billion untuk tempoh 20 tahun.
Adakah Khalid kena tipu dalam hal ini ?
Siapa pemilik Tropicana? Tropicana dimiliki oleh Tan Sri Datuk Danny Tan. Adik Vincent Tan… pemilik Berjaya Group. Kroni Mahathir.
SOALAN: Adakah Khalid bersekongkol dengan UMNO ? Tunggu sekejap..
Semasa tender dibuka, tiga syarikat telah membuat tawaran. Tropicana telah membuat tawaran menerusi syarikat proksi, Dijaya Corporation yang menawarkan RM895 juta dan dibayar untuk tempoh 20 tahun.
Kedua, SP Setia menawarkan RM1.15 billion dan dibayar untuk tempoh 6-8 tahun sahaja.
Ketiga, Mah Sing Group menawarkan RM945juta dan dibayar dalam tempoh 7 tahun.
Kalau ikutkan syarat tender, yang dapat ialah SP Setia dan bukan Dijaya Corporation. Tapi Dijaya Corp secara diam-diam telah diminta untuk menaikan harga tawaran mereka kepada RM1.3 billion secara rahsia.
Macam mana perkara ini boleh berlaku? Kerana Dijaya Corp mempunyai kabel yang cukup besar dalam PR.
Azmin Ali, Teresa Kok dan Ronnie Liu.
Huh!! PKR…DAP…jadi kroni Vincent Tan?
Lebih menarik lagi..Dijaya Corp telah menyumbang sebanyak RM200 juta kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk menghadapi P.R.U-13.
Paling menarik.. Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR mengugut untuk menggugurkan Khalid dari dicalonkan sekiranya Khalid membantah dan kalau setuju. akan diletakkan di Pelabuhan Kelang.
Mengapa DAP juga turut menyokong Azmin untuk menyingkir Khalid?
Vincent Tan sekarang sudah jadi kroni DAP. Dia sekarang sedang menyiapkan beberapa projek di Pulau Pinang.. diantaranya, GDV Bayan Mutiara Penang World City Project bernilai RM10 billion. (Vincent Tan memperolehi tanah dengan harga murah.. RM240 sekaki persegi dan hanya dibayar dalam tempoh 5 tahun).
Vincent Tan juga ada projek membina IKEA Batu Kawan menerusi Ivory Properties. Vincent Tan juga terlibat dalam membangunkan semula Penang Turf Club yang bernilai berbilion ringgit.