12 bongkah tetulang konkrit untuk pembinaan projek Mass Rapid Transit, MRT terjatuh dari sebuah treler di ibu negara pagi tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Insiden mengakibatkan laluan sesak sepanjang lebih 10 kilometer.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi di jalan Cheras Kajang, Batu 5 1/2 arah pusat bandar raya berhampiran susur ke bulatan Billion.
Treler ini membawa muatan 16 konkrit tetulang untuk pembinaan terowong bawah tanah MRT berhampiran jalan Pudu.
Tiba di tempat kejadian dan di laluan mendaki, muatan treler ini dipercayai hilang imbangan.
Tetulang yang terjatuh terdiri daripada 10 tetulang seberat dua tan setiap satu dan dua tetulang seberat satu tan setiap satu.
Kerja-kerja mengalihkan konkrit tetulang mengambil masa kira-kira sejam menggunakan sebuah pacuan empat roda milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.