Siasatan letupan bom om di Kampung Baru Subang semalam.
Kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Junaidi Bujang kejadian bermotifkan cemburu seorang bekas tentera terhadap keintiman isterinya dengan lelaki lain.
Maklumat itu diperolehi selepas menyoal siasat suami kepada wanita berkenaan selepas suspek itahan di Pangsapuri Pahlawan 2 Taman Tun Perak, semalam.
Beliau berkata kenalan isteri kepada bekas tentera itu adalah sepupu kepada mangsa, Chong May Lun, 40 yang hampir maut apabila bom tangan yang diletakkan di bawah kereta mangsa meletup.
Menurut Superintenden Junaidi suspek menuduh sepupu mangsa membawa lari isterinya.
Lelaki itu ditahan selepas 15 jam kejadian.