Parti SeIslam Malaysia, PAS, mengingatkan rakan parti yang lain iaitu PKR dan DAP supaya tidak mengkhianati kepercayaan mereka.
Kata Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Hadi Awang, segala rancangan perlu dibawa berbincang bersama-sama.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat Johor sebentar tadi bertemakan terus beristiqamah.
Turut hadir Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Ahli Majlis Tertinggi PAS, Ketua-Ketua Dewan PAS dan Wakil Kedutaan Asing.