Hari kedua Muktamar Tahunan PAS ke-60, dikejutkan dengan pendedahan seorang perwakilan Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari, yang mengaku mempunyai bukti berbentuk video mengenai gerakan untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang diadakan di Kota Bharu.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden.
Ahmad Fadhli juga menegur Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dilihat tidak sehaluan dengan presiden parti dalam mengeluarkan kenyataan berkaitan pendirian PAS.