Dalam satu temubual khas bersama CNN, Datuk Seri Najib mendedahkan bagaimana beliau pada peringkat awal terpaksa berunding bersendirian dengan puak pemisah Ukraine bagi menyegerakan urusan mengeluarkan mayat dan mendapatkan kotak hitam MH17.
Di dorong rasa bertanggungjawab kepada keluarga mangsa, semua rundingan dilakukan melalui telefon sehingga kepada kebenaran pasukan khas Malaysia bertemu dengan puak pemisah.