Mereka masih ‘baharu’ tetapi berminat untuk menjadi pejuang jihad selepas direkrut menerusi laman sosial Facebook hanya tiga bulan lalu.
Ketiga-tiga rakyat Malaysia yang bakal menjadi pejuang jihad ini, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, telah disenaraikan dalam kumpulan pengganas Negara Islam (IS) oleh seorang anggota senior militan rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook untuk mendapatkan keanggotaannya.
Mereka adalah arkitek dan juruteknik, masing-masing berusia 26 tahun dan pemilik kedai, 42, merupakan sebahagian daripada anggota rangkaian yang lebih luas, dengan menyertai IS bagi berjuang secara ‘salah’ untuk mati syahid.
“Polis sudah pun mengenal pasti individu yang merekrut anggota itu. Kesemua suspek dianggap masih ‘baharu’ tetapi sanggup menyertai IS dalam perjuangan jihad mereka yang ‘salah’,” kata sumber dalam satu temuramah pada Jumaat.
Polis mempercayai suspek berhubung dengan seorang lagi pejuang rakyat Malaysia di Syria.
Ketiga-tiga mereka dipercayai telah bertemu di Klang bersama individu yang menguruskan mereka beberapa kali bagi merancang perjalanan mereka ke Syria.
“Polis sedang menyiasat sekiranya kesemua suspek mempunyai sebarang rancangan untuk menyasarkan rakyat Malaysia sebagai ahli, tetapi tiada petunjuk setakat ini,” menurut sumber itu, sambil menambah bahawa mesyuarat diadakan di rumah arkitek itu di Klang.