Berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kesemua 222 ahli Parlimen akan menikmati kenaikan elaun, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan ada berbagai reaksi dari ahli parlimen pembangkang.
Menurut Najib, elaun ahli Parlimen akan dinaikkan daripada bersamaan Gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C manakala elaun Senator akan dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C.
Diminta mengulas kenaikan itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berterus terang mengenai perasaan beliau.
“saya pun tak tahu berapa jumlah naik,” katanya.
Ditanya samada beliau bersetuu dengan cadangan Perdana Menteri itu, Mahfuz secara spontan berkata, “secara keseluruhannya saya kata wajar sebab atas permintaan ‘backbencher’ kerana kalau mereka yang ada segala macam peruntukan terasa terbeban tambahlah pulak kami pembangkang, tanah merah selori pun orang minta kat kami.”
“Saya tak tahu berada nak naik kerana Jusa C minimanya RM7,000 berbanding pendapatan sekarang RM6,500, kalau naik RM500 hanya buat lekat celah gigi sajalah,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS.
Semalam PM memberitahu, tanggungjawab seorang anggota Parlimen begitu besar dan bermakna pada komuniti dan masyarakat setempat. Mereka adalah ketua yang perlu memimpin
masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagaman, sosial dan pendidikan.
“Dengan kata lain, khidmat anggota Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan Parlimen masing-masing adalah mendesak tidak mengira waktu,”katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua berkata, beliau menantikan apakah skim yang akan diperkenalkan oleh kerajaan kerana kenaikkan Jusa C itu bezanya besar dan kita tidak tahu dalam peringkat mana yang dimaksudkan.
“Saya belum parti samada ianya wajar atau tidak sehingga kita tahu apa kuantumnya,” katanya