MCA perlu mempunyai deria hala tuju dan berhenti bergaduh sesama sendiri bagi mengelak kehilangan denyut nadi masyarakat Cina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menyokong pelan transformasi MCA kerana yakin kepimpinan barunya memiliki deria hala tuju namun memerlukan kaum Cina untuk memberi lebih sokongan kepada BN.
“I try to be fair. But maybe one day I can do more. But I need that Chinese to give more. You have to support BN. You cannot demand and support pakatan. MCA janganlah bergaduh sesama sendiri. Cukuplah,” katanya.
Menurut Najib, kepimpinan BN akan keliru jika wujud puak-puak di dalam MCA dan masa depan MCA sendiri bergantung kepada perpaduan namun jika terus bergaduh maka masyarakat cina akan bosan.
“Kalau kita dok bergaduh sesama kita…orang akan fed-up…macam pakatan bergaduh di Selangor…orang dah bosan…so kita unite…MCA kena unite and be stronger together,” katanya merasmikan perhimpunan Agung Tahunan MCA ke 61 di ibu negara, Ahad.
Beliau katanya sedia untuk duduk berbincang dengan MCA bagaimana untuk kembali meraih sokongan masyarakat Cina dan serentak mengumumkan bahawa kerajaan sedia menyediakan dana RM50 juta kepada Koperasi Jayadiri, KOJADI milik MCA untuk disalurkan kepada Industri Kecil dan Sederhana.
Najib juga menamatkan kegusaran masyarakat Cina bila memaklumkan bahawa status Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, (SJKC) termasuk dalam perlembagaan dan undang-undang negara.
Beliau katanya cuma berharap agar pelajar SJKC dapat belajar Bahasa Kebangsaan dengan lancar sepertimana Presiden MCA yang menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Kebangsaan.
Najib memberikan contoh beliau menggalakkan anaknya Ashman mempelajari Bahasa Mandarin kerana menyedari bahawa China akan muncul kuasa ekonomi terbesar dunia.
Beliau turut mengingatkan mengenai kontrak sosial yang termaktub di dalam perlembagaan negara dan diterjemahkan ke dalam pembangunan dan dasar pembangunan negara.
“Kontrak sosial dan pemahaman yang dicapai di antara pemimpin terdahulu kita kena faham semangat dan prinsipnya. Kalau kita faham masa depan Malaysa adalah sangat cerah.”
“Saya yakin dan percaya bahawa negara kita berada di atas landasan ke arah pembentukan negara maju. Saya ingin melihat dalam khususnya transformasi ekonomi…bahawa masyarakat kaum cina merasakan mereka juga memainkan peranan yang penting dalam perjalanan kita ke arah menjadi sebuah negara maju.”
“Kita tidak dapat menolak mereka menyumbang kepada pembangunan negara, peningkatan Keluaran Ddalam Negara Kasar, kepada kejayaan kita di peringkat eksport market dan sebagainya. Sebab itulah apa-apa peranan yang boleh dimainkan saya melihat dan mengkaji bagaimana penyertaan ini boleh diolah sebaik mungkin supaya kaum cina merasakan the new economic model is inclusive to bumi, the chinese and the Indians community,” katanya.
‘A compassionate market economy,” kata Najib akan membolehkan kekayaan negara dinikmati semua kerana asasnya ialah memperkukuhkan ekonomi rakyat.
“Saya nak kata slogan MCA, Teguh Bersama, saya nak tambah sikit…bukan sahaja stronger together… together we can. Together we can succeed. Together we can win. Together MCA with BN will be the party for all nation,” kata Najib menutup ucapannya disambut teriakan gemuruh lebih 2,300 perwakilan MCA yang hadir dari seluruh negara.