Seorang maut akibat kemalangan yang melibatkan 3 buah kenderaan di Jalan Kuala Kubu Bharu berhampiran stesen keretapi lama Kuala Kubu.
Di percayai kereta dari arah bertentangan bertembung dan dilanggar dari belakang oleh sebuah lagi kenderaan yang gagal mengelak.
Mangsa yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.