Selepas menyifatkan penganjuran kempen kontroversi “I Want To Touch A Dog” sebagai kerja orang tiada otak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi membidas program itu.
Beliau secara sinis mencadangkan penganjur mengadakan program membabitkan haiwan lain termasuk babi dan ular tedung.
Katanya, program itu tidak sepatutnya dianjurkan.
Beliau sebelum ini berkata pelbagai aktiviti lain yang lebih bermanfaat boleh dilakukan oleh umat Islam.