Facebooker Harris Nasril menempelak sekumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak merempuh pintu pagar Universiti Malaya semata-mata untuk membenar Ketua Umum PKR berceramah.
“Lepas ceramah apa jadi? Teh tarik la macam biasa. Ceramah tak habis-habis. Anwar ada berapa banyak masa lepas PRU12 sampai PRU13 tak pernah pun dia cuba masuk UM.
“Bila nak dekat kes mahkamah guna student nak buat drama gempak. KAHKAH!
“Di Hong Kong orang occupy berbulan nak tuntuk hak demokrasi. Di UM konon tuntuk hak demokrasi?
“Hak demokrasi apa benda wei…hak untuk bagi Anwar pentas ceramah je. Lepas ceramah bersurai. Jangan lupa selfie!,”sindirnya.
Turut dipaparkan Harris Nasril sekeping foto pelajar-pelajar UM yang sedang minum teh tarik selepas merempuh pagar universiti.
Edwin Michael Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak menganggap tindakan itu sebagai memperbodohkan tahap mahasiswa paling maksima semata-mata untuk membela satu batang tubuh bernama Anwar Ibrahim.
“Pintu pagar UM dipecahkan. Ini dlakukan bukannya menuntut pendidikan percuma atau kebajikan mahasiswa. Ini dilakukan hanya untuk perjuangan agenda peribadi seorang bangsat politikus.
“Sejak PRU12 tidak pernh sekali pun datang ke UM, hanya kerana kesnya besok dibicarakan mahabalacinya mati-matian mahu huru harakan negara ini!,”katanya dalam facebook R Ed Mikael.
Lim Sian See yang memetik tulisan facebooker Reha Dolphin berpendapat Anwar tidak sepatutnya menjadikan mahasiswa sebagai perisai untuk masalah peribadinya, sebaliknya mencontohi Nelson Mandela masuk penjara tanpa keluh kesah.
“Bagi saya, si Ketum jangan jadikan pelajar universiti sebagai perisai ..
“Kalau Ketum adalah seorang pemimpin yang sanggup mengharung segala keperitan perjuangan, bila Ketum sudah mati, mungkin dia bole dikenang sebagai seorang ahli politik yang ada pendirian.
“Contoh seperti Nelson Mandela, seorang pejuang yang ditahan di penjara bertahun-tahun lamanya tanpa keluh kesah sehingga dia bebas dari penjara dan dijulang sebagai hero sehingga di akhir hayatnya,”katanya.
Blogger amenoworld pula menganggap isu rempuh pagar UM tidak boleh menyelesaikan kes liwat yang sedang dihadapi Anwar.
“Kes dia tak boleh selesai dengan rempuh UM. Atau berpidato depan UM. Ataupun berdemo di istana kehakiman.
“Kes dia hanya boleh diselesaikan dengan proses perbicaraan di mahkamah. Ini satu-satu jalan yang dia ada. Dia kena cari ruang keadilan kat situ. Anwar bukan orang yang kekurangan duit. Atau kuasa. Sekalipun dia bersabit dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun dia sentiasa boleh melakukan rayuan supaya dibebaskan. Itu kalau dijatuhkan kesalahan. Kalau tidak? Jika dibebaskan?
“Bagaimana dengan perlawanan2 itu semua? Kalau dijatuhkan penjara, berapa lama kau semua nak berdemo? Tinggalkan keluarga, anak bini, hilang kerja, hilang pelajaran, sanggup kena buang apa semua segala?.
“Takde masalah. Jika ia atas tujuan yang jelas. Contoh. Kau nak ubah sistem. Tapi apa yang aku nampak atas tubuh badan pemimpin. Bagi aku perlawanan2 macam tu mengarut dan tak tentu hala,”katanya.