Pihak pengurusan Universiti Malaya, UM membuat laporan polis berhubung tindakan penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim menceroboh masuk ke kawasan kampus itu malam semalam.
Laporan dibuat di Balai Polis Pantai.
Ketua Unit Media dan Korporat UM, Izad Zalman Abdul Kader berkata, peserta perhimpunan merempuh masuk ke dalam UM menyebabkan pagar utama universiti rosak.
Katanya, pihak universiti sudah mengeluarkan amaran kepada pelajar dan kakitangan universiti untuk tidak menyertai perhimpunan berkenaan.