KOTA KINABALU: Perasaan ingin tahu seorang pekerja ladang menjejaki kesan tayar ke arah sungai di sebuah jalan di Beluran terjawab apabila dia menemui sebuah kereta terbabas dari jalan dan menjunam ke dalam air.
Pemandunya, Clifford Nicholas, 34, ditemui mati di tempat kejadian, berkemungkinan lemas selepas kereta Nissan Skyline yang dipandunya terjunam ke dalam sungai.
Clifford sedang memandu pulang selepas menghadiri perhimpunan keluarga di daerah Beluran apabila keretanya tergelincir dan menjunam ke dalam sungai sekitar pukul 4.30 pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Beluran Supritendan Sivanathan Velautham berkata pihak berkuasa percaya dia telah terperangkap dalam keretanya dan lemas.
Bagaimanapun, kejadian itu hanya dapat diketahui kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin apabila pekerja itu melihat kesan tayar di atas tanah dan memutuskan untuk menyiasat ke arah mana ia dipandu, katanya.
“Clifford meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan berusia tiga bulan,” katanya.
Mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk bedah siasat, kata Sivanathan.