Peristiwa memberi pengajaran

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

1MDB JAWAB TUDUHAN TIDAK BERASAS - pakdin.my

wpid-1mdb.jpg

Sejak minggu lalu, banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB.

Walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu, 1MDB memandang serius tuduhan yang dilemparkan.

Sehubungan itu, 1MDB mengambil peluang ini untuk memberi respon terhadap tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini, dengan niat untuk memberi penjelasan dari perspektif syarkat, dan memberi peluang para pembaca membuat rumusan tersendiri terhadap 1MDB dengan maklumat yang kami sampaikan.

Terbitan Bon / Hutang

Kebimbangan telah ditimbulkan terhadap kadar faedah 5.75% yang dikenakan kepada bon Islamik RM5.0 billion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2009, dengan tanggapan bahawa ini adalah sebuah bon dengan kadar faedah yang tinggi. Sebagai perbandingan, dinyatakan bahawa sebuah lagi syarikat berkaitan kerajaan, Petronas, telah membayar kadar faedah sebanyak 3.60% untuk bon pada masa yang sama.

Ini adalah perbandingan yang tidak adil dan tidak mengambil kira beberapa faktor-faktor penting.

Apabila membeli sesuatu bon, pemberi pinjaman akan mengambil risiko pada kadar tertentu. Lebih lama tempoh pegangan, lebih tinggi risiko untuk pemegang bon. Oleh itu, bon-bon yang mempunyai tempoh matang yang lebih panjang biasanya mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Sepanjang pengetahuan kami, satu-satunya bon berkaitan Petronas yang dikeluarkan pada 2009 yang membawa kadar kupon 3.6% adalah untuk bon RM100 juta dengan tempoh pegangan hanya selama tiga tahun.

Dengan tempoh matang yang sangat jauh berbeza, tidaklah mengejutkan jika bon yang diterbitkan 1MDB mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.

Secara umumnya, adalah penting untuk dinyatakan bahawa bon yang dikeluarkan oleh1MDB pada 2009 merupakan bon pertama Malaysia dengan tempoh pegangan selama 30 tahun, dan juga merupakan bon Islamik pertama yang dikeluarkan dengan tempoh matang sepanjang itu.

Dengan keadaan ekonomi pada masa itu, hakikat bahawa 1MDB berjaya menjana jumlah dana sebesar ini mencerminkan sokongan, nama baik dan keyakinan yang diletakkan terhadap syarikat.

Kami juga memandang serius spekulasi tidak berasas bahawa sebahagian daripada kadar faedah ini telah dibayar kepada ‘orang tengah’ sebagai sejenis bayaran manfaat.  Ini adalah tuduhan yang serius.  Kami ingin menjelaskan secara tegas bahawa keseluruhan 5.75% kadar faedah tahunan tersebut adalah dibayar kepada para pemegang bon, yang antaranya terdiri daripada institusi-institusi terulung di Malaysia, dua kali setahun mengikut jadual pembayaran. Untuk mengatakan sebaliknya atau menyindir bahawa sebahagian jumlah dibayar kepada ‘orang tengah’ adalah secara faktanya tidak benar.

Selanjutnya, kebimbangan juga telah ditimbulkan mengenai komisen dan fi yang ditanggung oleh1MDB untuk terbitan dua hutang tambahan pada tahun 2012 dan 2013, masing-masing untuk US$1.75 billion dan US$3.0 billion.

Kedua-dua bon ini telah dikeluarkan pada kadar diskaun yang biasa bagi tawaran-tawaran bon. Sebarang perbezaan di antara nilai tara (par value) dan perolehan bersih sebuah bon tidak hanya meliputi bayaran dan perbelanjaan lain, tetapi juga hasil efektifnya (effective yield) yang turut mengambil kira diskaun dan baki tempoh pegangan bon.

Kami ingin menjelaskan bahawa sejumlah besar perbezaan di antara nilai tara (par value) bon tersebut dan perolehan bersih adalah berkaitan dengan bon dikeluarkan pada kadar diskaun. Keputusan ini diambil untuk memastikan kejayaan menyempurnakan pengumpulan dana berpandukan faktor dalaman dan luaran pasaran, kepantasan untuk melaksanakan tawaran dan skala penajajaminan (underwriting).

Kedua-dua terbitan hutang dijamin penuh oleh Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa. Ianya merupakan salah satu daripada sejumlah kecil bank yang mempunyai kemampuan untuk menjamin terbitan hutang sebesar ini. Bon-bon yang dikeluarkan pada kadar diskaun kepada nilai taranya (par value) memastikan kejayaan terbitan hutang kami tepat pada masanya, dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak stabil ketika itu.

Berkaitan transaksi yang dinyatakan di atas, kami memandang serius sindiran bahawa Goldman Sachs mungkin telah membuat bayaran kepada pihak ketiga, satu tuduhan yang kami nafikan dengan tegas. Goldman Sachs telah menyatakan secara terbuka: “Selain daripada firma perundangan dan perakaunan yang menyediakan khidmat professional, tiada fi atau komisen dibayar oleh 1MDB atau Goldman Sachs kepada pihak luar ketiga berkaitan dengan transaksi-transaksi ini, dan kami tidak pernah diarahkan oleh 1MDB atau sesiapa pun untuk membuat sebarang bayaran atau komisen”.

Kadar Hutang

Seperti mana-mana syarikat besar, 1MDB telah menjana modal melalui pasaran hutang antarabangsa untuk membiayai projek-projek tertentu, pada skala yang memerlukan kami untuk berbuat demikian. Kesemua hutang kami adalah disokong oleh aset yang kukuh, dan jumlah keseluruhan aset kami (RM44.67 billion pada tahun kewangan berakhir Mac 2013) dengan selesa melangkaui jumlah keseluruhan hutang kami (RM37 billion dalam tempoh yang sama).

Adalah penting juga untuk dinyatakan bahawa kami tidak pernah terlepas membuat pembayaran mengikut jadual, dan kami juga tidak berniat untuk berbuat demikian. Kebolehan kami yang konsisten dalam meraih dana di pasaran antarabangsa dan daripada pelabur yang berkualiti, mencerminkan keyakinan mereka terhadap kami. Penyenaraian aset tenaga kami adalah satu daripada siri usaha yang kami rancang bagi mengurangkan hutang kami.

Selain itu, kami sedang memajukan perniagaan hartanah kami dengan projek-projek seperti TRX dan Bandar Malaysia. Sejak tahun lepas, kami telah memeterai beberapa perjanjian dengan syarikat-syarikat terkemuka dan institusi-institusi dari seluruh dunia seperti Lend Lease, sebuah kumpulan hartanah dan infrastruktur antarabangsa. Semua ini akan membawa kepada aliran masuk dana ke Malaysia.

Kami berterusan meningkatkan nilai aset hartanah kami bagi membolehkan kami mendapat perolehan yang boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan masa depan serta mengurangkan kadar hutang kami.

Terlebih Bayar untuk Aset

Selain dakwaan-dakwaan berkenaan terbitan hutang 1MDB, tuduhan-tuduhan mengenai jumlah yang dibayar 1MDB untuk aset-aset tenaga dan hartanah juga telah ditimbulkan semula sekali lagi.

Seperti mana-mana syarikat lain, kami hanya memperoleh aset apabila kami yakin bahawa ia akan memberikan nilai yang tinggi kepada perniagaan kami. Sejajar dengan sasaran strategik Kerajaan untuk menjamin bekalan tenaga Malaysia, kami telah membeli beberapa aset tenaga sejak 2012. Pembelian ini telah membolehkan kami untuk mempelbagaikan campuran bahan api dan risiko negara kami, selain mendapat manfaat daripada aliran tunai yang sihat serta kepakaran pihak pengurusan yang unggul.

Dakwaan-dakwaan berkaitan jumlah yang kami bayar untuk aset-aset tenaga kami berkisar tentang nilai yang dikaitkan kepada aset-aset berkenaan pada masa ianya dibeli dan berdasarkan kepada andaian tertentu yang dibuat oleh pihak luar. Walau bagaimanapun, kami memandang jauh dan mengambil kira sinergi yang lebih meluas untuk kumpulan, di samping impak sosial dan ekonomi kepada negara, ketika membuat penilaian terhadap aset-aset tersebut serta ramalan pulangan ekonomi. Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang kami bayar bagi aset-aset ini – yang mungkin melibatkan pembayaran yang premium, adalah perkara biasa apabila membeli perniagaan lain – sepadan dengan potensi semasa dan masa depan aset-aset tersebut.

1MDB juga telah menerima dakwaan bahawa ia telah membayar lebih untuk beberapa keping tanah di Pulau Pinang.  Tanah yang dipersoalkan terletak di pusat bandar Air Itam, sebuah kawasan yang mendapat permintaan tinggi di mana harga hartanah telah menampakkan kenaikan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Saiz tanah yang dibeli membenarkan kami untuk membina hampir 10,000 rumah mampu milik, dan kami berniat untuk menggunakan beberapa keping tanah yang tinggal – yang bersaiz besar – untuk tujuan pembangunan lain yang kami harapkan bakal menjana nilai yang tinggi. Oleh itu, kami yakin dapat menambah nilai keseluruhan tanah tersebut, dan percaya harga yang kami bayar adalah berbaloi.

Ini dicerminkan dalam harga yang telah dibayar pemaju lain untuk membeli tanah di kawasan sekitar di mana pada harga RM200 sekaki persegi, adalah agak tinggi berbanding apa yang kami bayar. Salah satu contoh, pada tahun 2013, lebih kurang 9.8 hektar tanah di Air Itam telah dibeli pada harga RM267.4 juta, kira-kira RM251 sekaki persegi, untuk pembangunan kegunaan bercampur.

Layanan Istimewa untuk Tender Projek Janakuasa

Kedudukan kami sebagai pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia, rekod prestasi yang baik dalam sektor, serta pihak pengurusan berpengalaman bermakna kami adalah pemain kompetitif di dalam sebarang proses bidaan tender. Pada awal tahun ini, konsortium bersama yang dianggotai oleh 1MDB dan Mitsui & Co telah mengambil bahagian dalam proses bidaan tender terbuka dan kompetitif untuk sebuah loji janakuasa arang batu berkapasiti 2,000MW yang dikenali sebagai Projek 3B. Setelah membuat pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai bidaan lain, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan bahawa konsortium kami telah dipilih sebagai pembida pilihan.

Kemudian, ada yang mengatakan 1MDB menerima layanan istimewa, dan bidaan bersama kami adalah tidak sebaik bidaan yang dihantar oleh pembida-pembida lain dalam proses tersebut. Sebarang penganugerahan adalah berdasarkan beberapa pertimbangan untuk memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan menjimatkan kepada pengguna, sebagai contoh: standard teknikal bidaan tersebut, rekod prestasi syarikat, harga tawaran, keperluan untuk melaksanakan projek dengan segera dan jaminan tenaga serta kos keseluruhan sistem bidaan tersebut.

Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya, Konsortium 1MDB-Mitsui telah memenangi proses bidaan “secara adil dan saksama dengan teknologi yang terbukti yang bakal meningkatkan jaminan bekalan tenaga seperti yang dijangkakan daripada stesen janakuasa arang batu berkapasiti 2000MW yang beroperasi di dalam sistem grid sebesar kita”.

Ia juga penting untuk dinyatakan bahawa 1MDB tidak berjaya dalam proses bidaan tender lain yang kami sertai, seperti loji gas Prai dan loji arang batu berkapasiti 1000MW. Kedua-dua projek ini dimenangi TNB, yang pada pandangan pihak berkuasa telah menawarkan pakej yang lebih baik, walaupun 1MDB menawarkan harga bidaan terendah untuk proses tender Prai.

Pembiayaan Untuk Projek 3B

1MDB ingin menyatakan bahawa consortium kami membayar kurang daripada RM8 juta untuk menyediakan dan menghantar bidaan kami untuk Projek 3B. Ini adalah kira-kira separuh daripada jumlah yang dibelanjakan oleh pembida lain pada peringkat ini menurut dakwaan sebuah akhbar bisnes harian.

Sepanjang pengetahuan kami, tiada pembida lain yang tampil ke hadapan untuk mendedahkan maklumat ini kerana ianya adalah maklumat perniagaan yang sulit. Kami mendedahkan perkara ini kerana kami ingin menghentikan sindiran yang tidak berasas ini.

1MDB tidak membelanjakan US$100 juta untuk mendapatkan Projek 3B.

Sebaik sahaja mendapat projek tersebut, Konsortium 1MDB-Mitsui bergerak ke peringkat pembangunan seterusnya untuk membolehkan stesen janakuasa tersebut beroperasi, dijangkakan pada tahun 2018. Majoriti kos pembangunan adalah dibelanjakan dalam tempoh pembangunan ini.

Kos pembangunan atau fi pembangunan adalah apa yang dibayar kepada penaja projek untuk kerja pembangunan yang dilakukan oleh penaja projek untuk merealisasikan projek tersebut, daripada proses bidaan sehinggalah kepada operasi stesen janakuasa.  Ianya bukan merupakan kos  pembayaran balik.

Untuk pembiayaan projek industri tenaga, kos pembangunan biasanya terletak di antara 5% hingga 8%. Kos pembangunan kami – termasuk sebarang fi pembangunan yang ditanggung oleh kedua-dua rakan kongsi projek, 1MDB dan Mitsui – adalah 5.5% daripada kos projek, suatu kadar yang rendah.

1MDB yakin dengan cara pembiayaan projek antarabangsa kami yang dijalankan dengan kerjasama erat rakan kongsi antarabangsa kami Mitsui, salah satu syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Pembiayaan projek sebegini di mana ekuiti disuntik kemudian (back-ended), merupakan yang pertama di Malaysia tetapi adalah amalan biasa untuk projek-projek antarabangsa yang besar.

Ia akan membantu memperbaiki pulangan ekuiti penaja projek, disebabkan oleh kesan nilai masa (time value) terhadap wang, kerana bayaran dibuat dahulu dan bukannya daripada aliran wang tunai operasi projek tersebut. Jumlahnya dibincangkan dan tertakluk kepada kelulusan pemberi pinjaman.

Selanjutnya, sebarang tuduhan bahawa pemegang bon 3B kami akan menanggung risiko tersembunyi adalah sama sekali tidak benar dan tidak bertanggungjawab. Bon kami didatangkan dengan jaminan bank yang memastikan komitmen promoter dalam suntikan ekuiti. Keselamatan aliran wang tunai dan pulangan kepada pemegang bon adalah terjamin

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

Terlalu ramai anak muda Kelantan berhibur di Golok malam Jumaat, Sabtu

Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

[VIDEO] Penyanyi Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat

PENYANYI popular Kelantan bersama suami dan empat lagi rakan mereka dibawa ke Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand bagi mendapatkan perintah reman pada Isnin 4 November 2024.

[VIDEO] Rumah sembelihan ayam diserbu di Puchong, langgar prosedur Pensijilan Halal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu sebuah rumah penyembelihan ayam di Puchong

(VIDEO) Remaja perempuan rentung ditemui dalam bilik

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Impian petang tadi 17 Oktober 2024.

[VIDEO] Premis nasi kandar jual telur masin berulat diarah tutup

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengarahkan premis makanan di daerah ini yang tular kerana menjual telur masin mengandungi ulat kelmarin ditutup sementara.

Pemberi maklumat perlu buat laporan dulu sebelum layak dapat perlindungan

Mana-mana individu yang mahu melaporkan apa-apa kesalahan perlu melalui agensi yang bertanggungjawab sebelum mereka layak mendapatkan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

Liverpool calon awal juara EPL

Liverpool berada pada landasan terbaik untuk memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa di Anfield.

[VIDEO] Remaja perempuan maut jatuh dari tingkat 16 kondominium

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

[VIDEO] Serangan bom berani mati di sebuah stesen kereta api di barat daya Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang

Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di stesen kereta api di barat daya Pakistan yang bergolak pada hari Sabtu 9 November 2024, membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk askar dan kakitangan kereta api.

[VIDEO] Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut

Gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki memuntahkan debu panas yang menjulang tinggi ke udara pada hari Sabtu, beberapa hari selepas letusan besar membunuh sembilan orang dan mencederakan berpuluh yang lain.

[VIDEO] Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri

Tanpa mempedulikan sampah toksik yang tebal, beribu-ribu penganut Hindu tidak mengendahkan amaran mahkamah pada hari Khamis 7 November 2024 terhadap larangan mandi di sungai suci Yamuna yang dipenuhi kumbahan, tercemar di ibu negara India.

Festival Makanan Halal di Pattaya mempamerkan hidangan kulinari

Bersedia untuk menikmati pengalaman yang menyelerakan di Pesta Makanan Halal yang berlangsung pada 9-10 November 2024, di Masjid Nurul Yakin di Ban Nern Plub Wan

Thailand dinobatkan Travel + Leisure Destination Tahun 2025

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Thailand telah dinobatkan sebagai Destinasi Tahun 2025 Travel + Leisure.

Rakyat Sabah mahu pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disiapkan segera

Rakyat Sabah menggesa semua pihak terlibat terutama kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dan tidak membiarkannya mengalami kelewatan seperti dialami Fasa 1A.

ACL2: Rekod tanpa kalah Selangor FC lebur di tangan Jeonbuk

Selangor FC (SFC) gagal meneruskan momentum kemenangan apabila ditewaskan oleh wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC 0-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2024/25

[VIDEO] Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji

Sebuah padang pasir bertukar putih di tengah-tengah laporan bahawa salji turun di sana buat kali pertama dalam kejadian di sebuah wilayah Arab Saudi

Datuk Bandar ditembak mati di Narathiwat

Datuk Bandar kerajaan tempatan di daerah Rueso di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan senjata berat di kilang pakaiannya di wilayah sempadan selatan pada Khamis 7 November 2024.

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: