PANGKALUN BUN: Objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilakukan.
Sebuah pesawat yang menyertai operasi SAR menemui serpihan tersebut kira-kira 105 batu dari Pangkalanbun.
Susulan penemuan itu, sebuah helikopter dihantar untuk meneliti objek tersebut dengan lebih dekat lagi.
“10 objek keras dan banyak serpihan kecil. Objek seperti itu tidak selalunya dilihat berada di atas permukaan laut.
Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi SAR turut mengesahkan ternampak serpihan bertaburan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub panjang berwarna oren.
Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal.