Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majid cedera terkena tembakan dua suspek bermotosikal di hadapan rumah beliau di Sungai Buloh, tengah malam tadi.
Menurut sumber polis, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati empat kelongsong peluru jenis SME berukuran 9mm ditemui di luar pagar rumah mangsa dan terdapat dua kesan tembakan di dalam kereta mangsa.
“Siasatan awal juga mengatakan mangsa pernah menerima surat ugutan kira-kira sebulan yang lalu,” katanya seperti dilaporan BHonline
Katanya, pihak polis kini giat memburu dua suspek lelaki yang menaiki