Orang ramai gempar dengan kehadiran sepasukan unit pemusnah bom di sebuah Stesen Minyak Di Jalan Tebrau, Johor Bahru.
Puncanya, kewujudan sebuah beg pakaian ditinggalkan mencurigakan.
Beg berkenaan ditemui pekerja stesen minyak ini kira – kira 12.00 tengahari tadi.
Berikutan itu, laluan ke arah Kota Tinggi ditutup sepenuhnya selama dua setengah jam.
Sementara itu, dua letupan kecil kedengaran ketika unit pemusnah bom melakukan pemeriksaan kira-kira jam 1.40 petang tadi.
Beg itu bagaimanapun disahkan tidak memberi sebarang ancaman dan hanya diisi dengan pakaian