Selepas dipecat daripada pasukan Tentera Udara atas kesalahan membuat dakwaan mengenai ketahanan dakwat kekal, Mejar Zaidi Ahmad kini mula menceburi bidang politik.
“Saya tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti buat masa ini dan fokus utama saya adalah untuk membantu masyarakat.
“Saya bersedia untuk menjadi calon dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap dalam forum Bersih 2.0 pada Khamis.
Dia telah diperintahkan untuk membela diri berhubung dakwaan tersebut namun, beliau memilih untuk berdiam diri.
“Ramai yang menghubungi dan menghantar pesanan ringkas kepada saya untuk menyatakan sokongan, saya sangat berterima kasih kepada mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Mejar Zaidi berkata beliau sangat gembira apabila mendapat tahu anggota keselamatan kini boleh membuat laporan polis berhubung kecuaian dalam pilihan raya.
Dalam nada bergurau, beliau menambah: “Selepas ini, jangan beritahu pihak media jika anda membuat laporan polis. Media juga jangan tanya. Anda perlu dapatkan sendiri laporan tersebut dan membuat laporan berita mengenainya.”