[liveblog]
Setelah 6 tahun, 68 kali penangguhan dan 39 kali rayuan, Kes Liwat II Anwar Ibrahim kini berada di penghujungnya. Hari ini di Istana Kehakiman Putrajaya, nasib Anwar Ibrahim akan diketahui samada beliau akan pulang ke ‘mahligai’ beliau di Segambut ataupun ke penjara.
Prosiding rayuan kes beliau yang memakan masa hampir 8 hari telah memperlihatkan peguambela dan pendakwaraya berentap menghujahkan kes masing-masing. Para pemerhati dalam dan luar negara serta pemerhati guaman secara puratanya menyatakan bahawa pendakwaraya yang diwakili oleh Shafee Abdullah mempunyai kelebihan berbanding peguambela Anwar Ibrahim.