GEORGE TOWN: Seorang wanita maut selepas dihempap kontena yang terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter di Jalan Air Itam, dekat sini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 petang itu, kerangka kontena yang tidak stabil itu jatuh tepat ke arah P’ng Yew Hong yang sedang menunggu bas di situ.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat wanita berusia 47 tahun itu.
Yew Hong dikatakan sedang menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di Datuk Keramat.