Sembilan bulan lalu bahawa Lars-Ake Norling diperkenalkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru DiGi tetapi bermula dari 1 April 2015, kedudukan akan bertukar tangan sekali lagi. Buat kali pertama di isi oleh rakyat Malaysia – Albern Murty, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi syarikat itu.
Seorang veteran di DiGi, Albern telah bersama syarikat telekomunikasi sejak 2002. Selain daripada kedudukan Ketua Pegawai Operasi, jawatan kanan lain yang pernah di sandang sepanjang 13 tahun di DiGi merupakan Ketua Strategi dan Perniagaan Baru, dan Ketua Pegawai Pemasaran.
Sementara itu, Lars-Ake akan ke Thailand tidak lama lagi untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang baru untuk dtac yang juga merupakan sebahagian daripada Kumpulan Telenor seperti DiGi.
Tidak ada keraguan bahawa perubahan ini agak tiba-tiba terutamanya memandangkan hakikat bahawa syarikat itu telah dijenamakan semula pada awal tahun ini. Walau bagaimanapun, kita tertanya-tanya jika pelantikan ini akan memberi kesan yang besar terhadap DiGi sebagai sebuah syarikat telekomunikasi.