Polis menahan seorang aktivis kerana menghasut berikutan memuat naik posting di laman Facebook mengkritik keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad mengesahkan bahawa aktivis Lawrence Jayaraj ditahan di rumahnya di Cheras kira-kira pukul 6.45 petang Jumaat.
“Dia akan direman esok (Sabtu),” katanya ketika dihubungi.