Sekumpulan remaja bertindak `ganas’ apabila memecahkan sebahagian besar peralatan di sebuah restoran 24 jam terkenal di ibu negara dalam kejadian di Danau Niaga, Taman Danau Kota, Setapak di sini hari ini.
Kerosakan yang dilakukan kumpulan remaja terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita itu menyebabkan pengurus restoran tersebut, Jowhar Ali Mohamed Ishack mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM50,000.
Mengamuk mi pedas
Bukan saja tidak membayar makanan yang dipesan, sekumpulan lelaki bertindak samseng apabila merosakkan pelbagai peralatan di sebuah restoran di Taman Danau Kota, Setapak di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang, kumpulan suspek membabitkan lima orang berusia 20-an termasuk dua wanita.
Menurut pengurus restoran, Jowhar Ali Mk Mohamed Ishack, 48, sebelum kejadian pekerjanya sudah menunaikan tiga kali permintaan seorang suspek supaya menyediakan mi tidak pedas.
“Namun, dia masih lagi tidak berpuas hati dan mengatakan semua mi itu pedas sebelum meminta lagi buat kali keempat, menyebabkan pekerja saya enggan memenuhi permintaan itu,” katanya.
Menurutnya, semua suspek datang ke restoran itu sejak dari jam 11 pagi dan duduk di meja paling hadapan.