Tujuh belas warga Indonesia termasuk 14 anggota keselamatan negara itu, ditahan di Pulau Sebatik kerana menceroboh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Noor Rashid Ibrahim mengesah perkara itu dan berkata, 17 warga Indonesia termasuk 10 anggota polis dan empat tentera berpakaian preman, memasuki negara ini melalui Bambangan di Pulau Sebatik di Tawau, kira-kira jam satu tengah hari pada Jumaat.
Mereka dikatakan memasuki secara ‘haram’ ke Malaysia menggunakan motosikal.
Pulau Sebatik, kira-kira 452.2 kilometer persegi di bahagian timur Sabah, merupakan satu antara pulau yang unik terletak dalam lingkungan perairan Malaysia dan Indonesia. Ia merupakan satu daripada 92 pulau secara rasminya, berada di luar kawasan Indonesia.
Siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan sedang menjejaki seorang suspek kes pembunuhan yang berjaya melarikan diri dari Pulau Nunukan dan masuk ke Tawau.
Suspek ditangkap oleh polis Malaysia Khamis lalu selepas diberitahu rakan sejawat dari Indonesia dan kini ditahan di Balai Polis Wallace Bay.
Pada Jumaat, pada kira-kira jam satu tengah hari, 10 anggota polis Indonesia, semuanya berpakaian preman, datang ke balai polis untuk membawa suspek pulang ke Indonesia.
Selain daripada anggota keselamatan, tiga warga Indonesia yang bersama mereka, masuk ke negara ini menggunakan bot laju.
“Mereka ditahan kerana menceroboh dan gagal memberitahu kami mengenai ‘kehadiran’ mereka,” kata Noor Rashid dan menambah mereka ditahan di Balai Police Wallace Bay untuk siasatan.
Polis turut merampas lapan pistol, dua jenis revolver dan peluru.
Noor Rashid berkata mereka akan disiasat di bawah Akta Imigresen dan Akta Senjata Api.
“Kes itu akan di hantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.