Rakyat Akan Terima Manfaat Pelan Yang Disusun Kerajaan
Perdana Menteri hari ini menempelak pakatan pembangkang yang gendang mereka mungkin berbunyi kuat, tapi pengisiannya kosong.
Di sudut lain, Barisan Nasional, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bukan hanya merangka pelan jangka pendek tetapi terus memandang jauh dengan rancangan jangka panjang.
Dan semua itu demi rakyat serta kesejahteraan negara.
Lawatannya ke 3 negara baru-baru ini, jelas Datuk Seri Mohd Najib, antara persediaan jangka panjang Malaysia dalam aspek ekonomi.
Semua ini bagi membawa Malaysia setanding dengan negara maju yang berpenghasilan tinggi.
Dengan langkah di ambil rakyatlah yang akan menerima manfaat daripada pelan yang di susun kerajaan.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK / Perdana Menteri
Pihak satu lagi bagi RM100, riuh satu kampung kita bagi berbillion Ringgit ini kerajaan Barisan Nasional cuma kita kena sentiasa bagitau rakyat war-warkan kepada mereka perjuangan kita jauh lebih besar daripada mereka, cuma mereka ni pukul gendang lebih kuat saja tapi kita mesti beritahu bahawa kerajaan Barisan Nasional dari dulu sekarang dan InsyaAllah di beri mandat akan datang kita akan mengubah landskap tanahair Malaysia ini secara transformasi yang menyeluruh dan total.
Datuk Seri Mohd Najib berucap di Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Subang Perdana petang tadi.
2000 orang membanjiri padang Sekolah Kebangsaan U-3 bagi mendekati Perdana Menteri.
Konsep ‘kenduri rakyat’ itu turut di gunakan Perdana Menteri untuk menyampaikan sumbangan.
RM165 ribu kepada 33 keluarga dan bantuan komputer untuk sekolah berkenaan.
Meneruskan tradisi beliau, Datuk Seri Mohd Najib kemudian mengadakan tinjauan mesra di Kampung Melayu Subang.
Tumpuan beliau kali ini, golongan peniaga di gerai Majlis Bandaraya Shah Alam kampung ini.
Turut menyambut Perdana Menteri, ratusan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subang.
Datuk Seri Najib kemudian bertemu dengan peniaga yang kebanyakannya telah berniaga di sini lebih dua dekad lalu.
Perdana Menteri turut mengambil kesempatan bermain dam aji dengan salah seorang penduduk.