Juruterbang dan pembantu juruterbang kedua-dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) yang terhempas ketika sesi latihan aerobatik sempena LIMA’15 di sini awal petang tadi, disahkan selamat.
Keempat-empat mereka ditemui anggota penyelamat selepas mendarat dengan payung terjun masing-masing dan dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan.
Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat KT-1B pasukan aerobatik itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum sayap dua daripada pesawat berkenaan berlanggar lalu menyebabka kedua-dua pesawat terhempas.