Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Penjara yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Parlimen.
Anwar selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Kompleks Mahkamah Tinggi di sini pada jam 10.30 pagi tadi melalui peguam N Surendran dan Latheefa Koya.
Ia difailkan melalui permohonan kebenaran bagi mendapatkan semakan kehakiman.