Kementerian Dalam Negeri Perancis mengesahkan lokasi serpihan pesawat Airbus A320 Germanwings yang terhempas terletak di ketinggian 2,000 meter di Banjaran Alps.
Jurucakap kementerian, Henry Brandet, berkata beliau menjangkakan operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas ‘amat sukar dan panjang’ kerana kawasan itu sangat terpencil.
Pesawat berkenaan menghantar isyarat kecemasan jam 10.45 pagi waktu tempatan hari ini kata, Brandet.
Beliau berkata, senarai penumpang sedang disahkan.