Google telah melaksanakan sesuatu yang sangat, sangat berguna ke dalam enjin carian. Lain kali sekiranya anda kehilangan telefon pintar, anda hanya perlu pergi ke Google dan taip “find my phone”. Ia kemudian akan mula menjejak telefon pintar anda.
Malangnya, ini hanya akan berfungsi dengan telefon pintar Android, kerana ia menggunakan Pengurusan Peranti Android (ADM) untuk melakukan penjejakan. Selain daripada menunjukkan lokasi semasa telefon pintar anda, ADM juga boleh melakukan tiga tindakan lain: hubungi peranti anda, menguncinya atau memadam.
Sebaik sahaja anda mengaktifkannya, ADM akan menghubungi telefon anda dengan kekuatan nada dering penuh selama lima minit. Satu-satunya cara untuk membuat ia berhenti adalah untuk tekan butang kuasa.
Mengunci peranti anda, di sisi lain, memerlukan anda untuk menetapkan kata laluan dan mesej pilihan dan nombor telefon untuk dipaparkan pada skrin kunci. Menarik bukan?.
Jika anda mempunyai maklumat sensitif pada telefon pintar anda yang hilang, anda boleh menetapkan semula kepada tetapan asal kilang (factory reset) dengan ADM. Selepas tetap semula kilang telah dilakukan, anda tidak lagi boleh mengesannya dengan ADM.
Jika anda seorang pengguna Android yang tegar, anda akan tahu bahawa ADM sentiasa berjaya melakukan ‘neat tricks‘ ini. Kini ianya telah berubah dengan pelaksanaan ke dalam enjin carian Google. Ianya adalah salah satu daripada perkara-perkara yang akan memudahkan pengguna, walaupun ia adalah tambahan kecil kepada ADM.