Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menafikan beliau menyokong mana-mana pihak dalam isu kontroversi yang sedang melanda syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Mohd. Shafie berkata, beliau hanya meminta penjelasan dan penerangan yang tepat mengenai isu tersebut supaya orang ramai tidak terus keliru.
“Persoalannya bukan sokong mana-mana pihak, cuma hendak penjelasan dan terangkan benda mana betul dan tidak betul.
“Sebagai anggota Kabinet yang bertanggungjawab, kita meminta penjelasan mengenai perkara yang ditimbulkan itu sebab kita mempunyai tanggungjawab untuk menjawab kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 2014 di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Ibrahim Muhamad.
Menurut Mohd. Shafie, sejak isu 1MDB menjadi kontroversi, semua anggota Kabinet bebas untuk mengutarakan persoalan berkenaan isu tersebut tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, katanya, penjelasan yang lebih terperinci perlu dilakukan supaya setiap persoalan dan tohmahan yang ditimbulkan dijawab dengan jelas serta berkesan.
“Selain menunggu Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selesai mengadakan siasatan berhubung isu tersebut, kita juga sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci.
“Esok juga satu mesyuarat Kabinet akan diadakan yang mana salah satu perkara dijangka dibangkitkan adalah mengenai cara mengatasi isu terbabit,” katanya.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak supaya seluruh anggota Kabinet meletak jawatan sebagai rasa tanggungjawab berhubung isu itu, katanya, tiada keperluan untuk berbuat demikian kerana setiap anggota Kabinet turut membangkitkan persoalan mengenai isu 1MDB supaya dapat dijelaskan kepada rakyat.
Buku itu menerangkan isu isu 1MDB tapi tidak mengatakan siapa yang bertanggungjawab. Itu kerja AG dan PAC untuk siasat. Kita tunggu.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Kalau penjelasan datang dari kerajaan, mereka yang sudah lama mahu menghukum salah, sudah tentu tak akan percaya. Biarlah AG &PAC jelaskan!
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Oleh kerana ramai yg menuduh &penyiasatan oleh Ketua Audit & PAC sdg berjln, lebih baik maklumat mengenai 1MDB datangnya dari mereka.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Buku 1MDB Fact Sheet itu diedarkan, kalau tak silap saya, lebih kurang dua bulan yang lalu dlm kabinet.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Pandangan saya, tidak ada sebab kenapa isu tak cukup penerangan, tak ada penerangan atau tidak dimaklumkan dalam kabinet menjadi polemik.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Buku itu ada surat MK2 yg minta ahli kabinet yang mahukan info lebih atau penerangan lanjut utk hantar pertanyaan mereka terus kpd beliau.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Ini buku 1MDB Fact Sheet yang diedarkan kepada ahli mesyuarat kabinet. Kalau dibaca, insyallah dapat difahami. pic.twitter.com/VHOk79AURK
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Dalam buku 1MDB factsheet yang diedarkan dlm msyrt kabinet, info mengenai status terkini pelaburan, harta dan hutang 1MDB ada dimasukkan.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015
Sebenarnya isu 1mdb banyak kali dibincangkan dalam kabinet. Banyak info yang dimaklumkan oleh MK2. Buku factsheet juga ada diedarkan.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) May 28, 2015