Gambar yang diambil oleh seorang penumpang yang terkejut melihat pekerja lapangan terbang menggunakan pita pelekat pada enjin pesawat easyJet hanya beberapa minit sebelum berlepas telah dikongsi oleh puluhan ribu orang di dalam talian.
Adtomwood mencatatkan di Twitter berkata: “Always worrying when easyJet are duct taping the plane together :-s #finaldestination”
Imej seorang lelaki memakai jaket kuning pendarfluor melekatkan garisan panjang pita pelekat berwarna perak banyak dikongsi di internet.
Tetapi bertentangan dengan kepercayaan popular, ianya bukan pita pelekat biasa.
Ia mempunyai rupa pita pelekat biasa, yang terkenal dengan penggunaannya dalam pembaikan rumah, tetapi pita pelekat ini adalah cukup kuat untuk melekat pada sebuah pesawat kapal terbang atau sayap pada kelajuan tinggi.
“Tanpa pita, pada kelajuan tinggi udara boleh masuk pada ruang antara enjin dan fairing dan menyebabkan getaran atau kegagalam imbangan enjin.
“Dalam keadaan yang jarang berlaku fairing boleh koyak akibat tekanan udara terbentuk pada bahagian hadapan.
“Pita menutup jurang ini selamat serta mengurangkan kesan kegagalan mekanikal sehingga tempoh pesawat di baikpulih sepenuhnya pada jadual perkhidmatan baikpulih berikutnya.
Mengulas mengenai foto, seorang pakar keselamatan di Pihak Berkuasa Penerbangan Awam kepada: “imej ini menunjukkan pita aluminium yang biasa digunakan untuk pesawat.
“Pita ini digunakan sebagai sebahagian daripada kerja-kerja pembaikan kecil dan sangat biasa di seluruh sektor penerbangan dan telah digunakan bertahun-tahun lamanya.”
Tidak diketahui di lapangan terbang mana kerja-kerja penyelenggaraan ini dilakukan.
Always worrying when @easyJet are duct taping the plane together :-s #finaldestination pic.twitter.com/daYKgR9ssp
— Adam Wood (@adtomwood) May 29, 2015